Saturday, May 23, 2009

Panggilan Redang


Sesunyi aku bukan memendam perasaan. Mungkin salah satunya adalah dek kekangan connection internet disamping sifat malas dan bertangguh yang ada dalam diri ni terus membuat aku sepi dari arena blog memblog ini. wacana seterusnya adalah seperti berikut:-
Aku tak pernah menyangka dapat ke dapat berlibur especially ke Pulau Redang selepas melalui fasa-fasa dunia pekerjaan ini. So, kesempatan yang ada digunakan sebaik mungkin lantas memberikan satu kenangan nan indah dalam episod perjalan hidup ini.
Perjalanan yang baru bermula dari jeti Merang kira-kira 1 km itu di cemaskan dengan situasi 'break down' pada enjin bot yang dinaiki. Konklusi yang dibuat dari jurumudi adalah 'patoh'. situasi yang tidak logik bagi aku kalau Piston yang patah. Konklusi seterusnya, bearing pecah. Ermm..mungkin ya.


Tanpa membazir waktu, terus aku gambarkan pada kalian tentang keindahan ciptaan Allah di bumi terengganu ini. Cukup indah dan permai lagi menyamankan. Kejernihan air menusuk kalbu. Biar semalam sahaja dapat aku dan rakan-rakan sekelian sempat beradu tetapi kesempatan semalam itu juga digunakan semaksimumnya. Resort yang isolasi sedikit dari keriuhan beach-goer disamping deruan ombak permai di gigi air cukup mengubat ketegangan fikiran


Melihat gelagat ikan-ikan di taman laut yang cukup jinak dan beraneka ragam yang pasti mereka ini suka 'mentedarah'. Cukup lahap sampai jari pun hendak di makannya. Mereka sebagai penghibur taman laut di Redang ini.




Sebolehnya ingin aku tawaf keliling pulau, tapi biarlah setakat di sini. Aku pasti kembali di lain waktu meneroka kesejagatan Redang nan permai.

Last but not least, credit untuk John di atas keperihatinan beliau menjadi juru Photo rasmi leisure kami ini. Thank to all the guy. What da next trip?


2 comments:

Haneef said...

siot la... tak dapat gi... hehehe.... best dow....

Penerockers said...

X pe ko dah g dah...tp redang memang besh siot...