Dikala tirai 2008 menjelma, aku lambat memasukkan entry agak beberapa hari. Kali ini, di kala Awal Muharram 1429 Hijrah, aku sekali lambat beberapa hari tidak memasukkan entry. Lantak la, blog aku ni bukan nye sape pun nak bace hehehe cume aku mahukan keseronokan berkongsi sedikit perihal hidup ini yang ada kala suram dan kadang kala bersinar seribu harapan. Tahun baru aku di mulakan dengan ceramah ustaz yang aku x tahu name die sape. Kupasan yang menarik tetapi kadang kala aku keliru dengan ilmu agama yang amat la sedikit ini. Kenapa?...mungkin isu yang di bawakan cukup berat untuk di cernakan oleh aku. Yang terpasti, aku masih kurang ilmu agama di dada ini.
Karnival Meche telah bermula kembali, membuka tirai awal tahun hirah ini. Aku puas kerana Final Year student telah berjaya merampas dan membalas dendam (hahahah) mengecapi kejuaraan Bola Sepak. Dua hari sakan aku tak membuat sebarang revision atau FYP kerana dok sibuk melayan karnival yang seharusnya merapatkan lagi ukhwah sesama MEche student aku harap gamak nyer...
Perjuangan yang akan di teruskan selagi nyawa dikandung badan dan terus memegang amanah Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W, menjadi umat yang terus menaburkan bakti demi Agama ISLAM yang tercinta. Two things yang tidak sepatutnya kite sebut: 1. Jangan cakap tidak tahu 2. dalam maksud yang disampai kan oleh ZAZA itu. Lecture aku yang begitu dedikasi dalam memperjuangkan ilmu yang berkaitan Energy. Allah kurniakan sume itu untuk kite, kite lah yang bertanggungjawab menguruskan untuk ke jalan yang di redhai Nya. Kerana Itu aku berada di bilik kuliah, kerana itu aku kena belajar bersungguh-sungguh, dan kerana itu aku dilahirkan untuk mengabdikan diri yang hina ini untuk Mu Ya Allah
Monday, January 14, 2008
Subscribe to:
Posts (Atom)
