Thursday, May 29, 2008

Duduk ontok-ontok

Salam sejahtera buat rakan2 bloggers yang mungkin menyangka aku tidak meneruskan usaha memblog lagi. Aku cume berhibernasi sambil memhabiskan mase lapang dengan menanam beberapa pohon anggur abadi ku di rumah. Sebulan ini banyak aku habiskan dengan menolong ayah me'renovate sedikit rumahku. Tulang empat kerat ku dikerah dengan kerja2 yang agak berat yang biasanya di alami sendiri oleh buruh2 bangla atau indon di tapak-tapak perniagaan. Rasa gayat memanjat atap rumah ku yang tinggi terpaksa aku telan je demi untuk menolong ayah yang memang pro dalam selok belok pertukangan rumah ni.

Cuti sebulan ini juga aku isikan dengan membaca beberapa buah buku berkenaan dengan perniagaan. Tiba-tiba sahaja aku berminat dengan buku2 berkaitan denga bisness ni. Buku2 dan majalah berkaitan bisness semakin menarik minat aku untuk membaca, menyelami suka duka dunia perniagaan. Yang tak bes nye kene hantar adik aku tadika. Kacau aku nak tido je ko ni botak...

Alhamdulillah...aku akan mulakan hidup sebagai pencari nafkah bermula 2 hb jun ni. Semoga pengalaman kerja yang bakal ku tempuh ini boleh menjadikan aku lebih matang dalam manghadapi hari-hari yang mendatang.

4 comments:

t.a.t.a said...

Ehhh betul² tanam anggur ke ko yg jadi peng anggur? confuse aa..

epun niza garfield said...

waaahhh~ dah dapat keja... good luck masuk dunia kerja~ ;)

Butterfly said...

ok la tu.. dpt rasa cmne jd buruh binaan kejap. kui3.

cmtu la yg adik lelaki saya kena time dia cuti sem dulu. even saya pn kadang2 jd assistant tak bertauliah utk bapak saya. haha. nsb baik la semua tu dah berlalu.. huhu.

bayanggila said...

t.a.t.a : Hai cik tata...btul ke nak
anggur..cakap je nak warna
ade.

epun : time kasih arigatohh..

Butterfly : ummmm camtu lah kite..