Wednesday, April 23, 2008

VIVA




Pengajian 4 tahun aku di USM boleh dikira sebagai penamatnya dengan berakhirnya sesi VIVA hari ini. Sebetulnya memang aku tidak bersedia menghadapi VIVA dan aku hanya bermula membuat slidshow malam sebelumnya. Huh what the sempoi of me. Aku kira kebanyakkan rakan aku sekelian juga baru sahaja membuat slide masing-masing sama seperti aku.

Ini mungkin disebabkan exam energy conversion pada hari sebelumnya membataskan aku untuk membuat slide VIVA lebih awal. Ahhh...aku cuba beralasan pulak, padahal aku boleh siapkan slide tu lebih awal tapi biase la sikap berlengah dan tak ape menjadikan keadaan kelam kabut seketika tapi dapat dikawal dengan baekkknya oleh aku.

Sejam sebelum VIVA bermula baru aku mula la terkial-kial nak practice speaking. Aku rasa latihan selama 4 tahun aku kat sini yang banyak involved dalam presentation terutamanya yang melibatkan subject design sedikit sebanyak membantu aku dalam final VIVA kali ini. Disamping beberapa interview kerja yang aku hadapi sebelum ini yang memerlukan aku bercakap sedikit seperti orang putih (Dengan Slanga) sedikit sebanyak membantu la juga.

Aku sebat je apa yang aku rase nak cakap. Examiner tanya aku jawab selamber je biarpun English yang aku guanakan bukan la proper sangat asalkan memuaskan hati examiner. Cool and steady adalah elemen penting dalam menghadapi situasi seperti aku ini. Melihat kan rakan se FYP aku Hong di fire agak bertalu-talu dengan soalan-soalan yang agak maut aku kira, oleh Dr Roslan menjadikan diri aku menjadi cuak seketika. Kau mesti Kool pjoy...

30 minit masa dihabiskan untuk aku menerangkan apa yang sebenarnya aku buat untuk FYP aku. Ehhh dah habis ke...Terima kasih Dr Rahim atas tunjuk ajar Dr sepanjang Final Year Project saya ini dan kesudian Dr bergambar bersama kami..(Psst...Dr bleh dapat A tak?). Sekali lagi aku perlu beraksi cool untuk sesi bergambar ..klik...klik...klik. Dah sediakah aku nak jadi Mechanical Engineer ni......?

6 comments:

hajarss said...

ok la tu. masa VIVA dulu, menunduk je. huhu

bayanggila said...

Hahaha.... base la tu hajarss....

cepotet said...

mekaninal engineering? sama macam my sista. =)

skrg dah abis la ek? mesti syok kan? all the best k.

t.a.t.a said...

saya tak pernah alami VIVA, tapi sy pernah dgr mereka² cerita pasal VIVA.

err VIVA tu apa?

t.a.t.a said...

ehh betul apa yg saya faham pasal VIVA ni.

sy dulu masa present depan semua head school, dgn mereka berpakaian formal, bilik kecil, semua mata tertumpu pada saya, sgt kaku. sy nak present sistem, dah la masa memula on pc dah hang, pulak tu masa dah habis tiba masa lecturer check ada debug pulak.. aduhh tension!
tapi apa pun alhamdulillah berjaya tamat. huhuh

bayanggila said...

Ha lebih kurang camtu gak la...tp x semestinya presentation, kadang2 melibatkan on da spot test, biasanya kalau mekanikal ade test yang melibatkan design menggunakan software tertentu pada masa yang ditetapkan...x tau la gak mungkin VIVA untuk course lain, lain pulak VIVA nya....