Wednesday, March 26, 2008

Makhluk itu keluar dari mulut aku

Senyum seindah suria (Google image)


Temu janji yang sepatutnya bermula pukul 9 pg melewati 9.30 pg tanpa aku sedari Dr Jamal sedang menunggu aku hampir 1/2 jam. Dengan muka selambenye aku memulakan sesi Pencucian gigi yang sekian lama dan tak pernah sebenarnya aku mencuci gigi ni. Dan aku x tahupun nama saintifik bagi proses penyucian gigi yang telah aku alami pagi tadi. Percaya atau tidak, kau yang tak pernah mencuci gigi pasti agak terkejut beroks tanpa mengetahui bahawa terdapat makhluk asing yang mendiami gigi kau selama mana yang kau tak pernah mencuci gigi. Mencuci gigi yang aku maksudkan ini bukan la memberus gigi kau setiap hari pagi petang dan selamanya begitu tetapi ia adalah proses yang dilakukan oleh orang2 yang pro sahaja seperti Dr Jamal sorang ni. Mak datuk makhluk yang dipanggil 'plak' ini menggerunkan aku melihatnya. Berkeping-keping plak muncul secara ajaibnya akibat tonyohan-tonyohan pro Dr Jamal ke atas gigi ini sambil aku menahan rasa bercampur-campur ngilu pedih dan sedikit sakit. Tumbs up boleh aku berikan reaksi selepas mencuci gigi ni. Aku menasihat rakan2 sekelian. Jangan tertipu dengan keputihan gigi kau kerana kekotoran sebenar tidak boleh dilihat oleh mata kasar. Huh i felt fresh.....

0 comments: