Tuesday, February 5, 2008

Dia John Rambo


Aku masih ingat lagi, cerita yang betul-betul memberi kesan kepada aku waktu zaman kecik2 dulu tidak lain dan tidak bukan adalah 'Rambo'. Setahu aku, Rambo lah satu-satunya cerita yang banyak mengisi kekosongan angan-angan aku mase kecik2 dulu. Aksi, gaya mimik muka dan semua lagak ngeri tipu itu menjadi aspirasi kehidupan zaman kecil ku. Dan yang pasti, Pisau keramat yang bergigi atasnya itu membuatkan ingatan aku pada Rambo tak pernah pudar kerana setiap kali kau ke kedai hardware pisau itu sentiasa berada di mana-mana, biarpun aku sebenarnya tidak memahami maksud propaganda Amerika disebalik cerita tersebut. Sejarah umumnya mengetahui bahawa Amarika tak pernah menang dalam perang di Vietnam tapi..huhuhu itulah Amerika...kini Rambo muncul kembali dengan versi yang lebih segar cume The actor yang agak sudah berumur. Biarpun begitu aku salute dengan 'Silvister Stallone', still macho macam dulu-dulu aku tgok cerita die. Caya lah brader....cume mungkin pisau tu die dah bagi kat anak die kot...

0 comments: