Sunday, January 6, 2008

Tirai 2008


Tahun 2008 membuka tirai tanpa aku memasukkan sebarang entri dikala ramai yang sedang syok menunggu dentuman bunga api di kota-kota seantero Malaya ni dan aku kala itu hanya berbaring menyiarap sambil membaca Novel terbaru yang agak Bias ceritanya mengenai baiknya orang-orang barat, tapi orang islam semuanya Terrorist. Kenapa aku mahu baca cerita seumpama itu?. Mungkin aku mahu tahu lebih dari kaca mata orang sana tentang kita orang ISLAM.

Mahu atau tak mahu untuk menggambarkan Tahun 2007, aku tidak pasti. Yang pasti 2007 was 'The Worst year in My life'. Mungkin di entry yang lain boleh aku explain dengan lebih detail. Bukan tidak mahu bercerita, biarla di lain waktu.


Aku buka tirai aktiviti 2008 dengan berkelah-kelah di Bukit Merah Lake Town Resort. Huhu asyik bermain air, bergelungsur, bergelak,berenang, menenangkan sedikit tekanan dikala perlu aku menghantar Proposal report mungkin next week. Perjuangan mesti diteruskan.

0 comments: