Tuesday, January 29, 2008

Itu kamu


AJL 22 menampakan satu perubahan yang agak besar dalam industri hiburan tanah air tumpah darahku ini. Aku bukan wartawan hiburan yang petah membicarakan gossip2 artis tempatan tapi apa yang membuatkan aku mengambil perhatian adalah kerana pemenangnya adalah dari generasi muzik yang berasaskan 'ROck'. Bermula dari 'Underground Scene' lalu mengambil langkah drastik untuk bersaing di arena 'Mainstream'. Bermula dengan konsep berasaskan Metal yang kurang diminati sebilangan warga Malaya kini menjadi penghibur halwa telinga kaum yang bernama Melayu saentero Malaya ini. Remaja2 seperti aku (remaja ke??) mungkin sudah mendengar nama Estrange especially yang alwiz follow perkembangan muzik underground. No wonder la...your music is awesome dude. Keep it up and aku harap lebih ramai lagi yang bersarang di bawah tanah tu naik kat atas darat dan perjuangkan music anda tanpa rasa segan silu dan malu kerana jika anda tidak mengambil tindakan yang sewajarnya, bangsa Melayu sekarang ini mungkin lebih selesa mendengar lagu2 seberang sinun...Lihat Hujan and Meet Uncle Hussain (sekadar yang aku tahu).....kerana anda, mana tahu muzik ROck kembali bertahta di hati warga Melayu di seantero Malaya ini. (kredit gambar untuk berita harian).

0 comments: