Monday, December 17, 2007

Modul Pembudayaan Korporat





Tajuk kursus yang aku agak stereotipikal (pinjam perkataan Mail kimia?) bagi memulakan bicara tentang kursus yang di anjurkan bersama antara USM dengan Kementerian Pengajian Tinggi. Dipendekkan cerita kerana kalau nak di cerita memang panjang beb, Tak dapek den nak nolong tu doh. Menarik dan terisi, itu yang dapat aku simpulkan daripada pengamatan aku yang tak la expert dalam memberi pendapat berkenaan sesuatu kursus. Secara simbolik nye kursus ni bukan untuk kami tetapi untuk adik-adik kami yang bakal menghadirkan diri mereka di alam Latihan Industri kira-kira beberapa bulan sahaja lagi.

Hari pertama hanya sesi perkenalan ringkas dan sembangan dari beberapa orang panel tentang tujuan dan misi yang dipikul. Tidak ketinggalan Amanat TNC tentang program yang diletakkan harapan yang tinggi di bahu kami para pelajar yang telah terpilih ini. Pengakhiran malam yang diisi dengan aktiviti mencari kasut. Bila malam melabuh kan tirainya terus aku landing di katil empuk kepunyaan Kg tok Senik ni.

Hari kedua yang penuh kerancakkan. Perbincangan demi perbincangan, otak kami dikerah bagi mengisi kekosongan modul yang bakal di bukukan dan seterusnya diilham kan untuk para pelajar junior sekelian membaca dan meramalkan apa yang bakal berlaku apabila mereka menghadapi ujian kecil sebagai pelajar university.

Hari ketiga adalah kesimpulan daripada apa yang telah di bincangkan bagi setiap wakil bidang pengajian masing-masing. kami mengamati setiap penghujahan setiap wakil sambil ade yang termangguk2 menahan kesejukan di bilik ber'Air Cond ni aku kire. Diselangi dengan semangat ke USM' an nye. Oh pagi yang indah.

Ksimpulan: Makanan yang besh, Swimming pool yang awesome, keta Kabel yang thrill dan kenalan yang great.

Trip to Pulau Idaman


Tanggal berapa hari bulan ntah , aku di kejutkan dengan panggilan hangin di pagi hari ketika sibuk aku menghayati latihan-latihan LabView di Cad Cam skool ku, 'Awak ade hutang dengan Usm ni' ape ke jadah nye itu. Lantas di'cover' dengan alasan ' Wak terpilih ke Langkawi bersama sebilangan pelajar Usm yang lain untuk mengikuti latihan pengkorporatan'. Ehem...Aku terus meneruskan kerja ku...Aku pun tak pernah pergi langkawi, mesti best.

Hari yang dinantikan telah tiba, aku hanya melakukan persiapan yang ala kadar, sekadar membawa apa yang patut je la, i am a men. Berkumpul di Induk dan terus bertolak ke Jeti Kuala Perlis. Masih belum ade keserasian di antara kami daripada kampus yang berlainan. Terus melayan perasaan masing-masing. Hemm..masih kuat perasaan Assobiah (btol ke eja ni?) bak kat Abe Weh.