Sunday, December 16, 2007

Kembaraku


Secara gamaknye ade 3 perkara penting yang sepatutnye aku meng'uploadkan' ke dalam blog ku ini. Bermula dari pengembaraan aku ke Oversea, kenduri kawen dan peng'ushar'an terhadap potensi-potensi kerja yang InsyaAllah akan ku tempuhi beberapa bulan sahaja lagi. Oversea yang aku maksudakan tu bukan la jauh bebenor bak kate org melake tp sekadar nun jauh ke barat laut ke pulau yang pernah di sumpah dan tertumpah nye darah putih. Tak tau la aku betul ke tak darah putih tu tapi berdasarkan ceritera sejarah la. Aku gunakan sepenuhnya deria ini mengamati kebesaran Allah ke atas indahnya ciptaan Nya ketika aku berada di pulau yang berkenaan. Membeli sedikit buat manis di tempat yang dikatekanlah sebagai bebas cukai. Awas kepada yang tidak berjimat cermat, anda mungkin terperangkap di dalam jerangkap samar yang boleh mendermakan dengan sebanyak nye duit anda di mesin kire-kire duit mereka.

0 comments: